Rangka
Wednesday, 24 June 2015 | 0 comment(s)
liarberantakan
rasuk
amuk
semua protes
bila disoal terdiam
katanya menegakkan kebenaran
tapi? menegakkan benang yang basah barangkali
macam ketam mengajar anak berjalan
setiap teguran akan mempersetankan
bila dibiarkan akan menyalahkan
menunding jari
mahu dihulur
tak pernah berusaha
prasangka penuh diminda
fikir diri salah tak pernah
anggap diri yang terbaik
hakikatnya dia yang tercorot
bongkak
bangga
lupa barangkali
hidup ini ibarat roda.
kadang diatas
kadang dibawah
sedarkan kembali itu rangka





